Koleksi hawa beroperasi secara online dan offline (kat rumah ja...) dimana ia dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang saling menyayangi. Penghantaran terus ke pintu rumah anda bagi pembeli-pembeli dari sekitar Hulu Langat Bt.14, sekitar Carefour Ampang dan sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur. Tertarik untuk berkongsi membeli dan menjual t-shirt labuh muslimah selepas saya sendiri tercari-cari untuk membelinya suatu ketika dulu.
Koleksi Hawa pasti menjadi pilihan utama kaum hawa memandangkan rekaannya yang terkini dengan harganya yang berpatutan dan fabrik yang selesa dan sesuai digayakan untuk aktiviti-aktiviti santai dan lasak. Terima kasih kepada semua pembeli dan pengguna yang sudi singgah ke blog Koleksi Hawa.
Wassalam.
